BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

rahsia

"...wanita itu sendiri adalah rahsia..."

Wednesday, April 28, 2010

perpisahan....

Doa Perpisahan

Pertemuan Kita Di Suatu Hari
Menitiskan Ukhwah Yang Sejati
Bersyukurku Ke Hadrat Ilahi Di Atas Jalinan Yang Suci
Namun Kini Perpisahan Yang Terjadi
Dugaan Yang Menimpa Diri
Bersabarlah Di Atas Suratan
Ku Tetap Pergi Jua

Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah Hamba Mu
Mencari Hidayah Daripada Mu
Dalam Mendidikkan Kesabaranku
Ya Allah Tabahkan Hati Hamba Mu
Di Atas Perpisahan Ini

"Teman Betapa Pilunya Hati Menghadapi Perpisahan Ini. Pahit Manis Perjuangan Telah Kita Rasa Bersama. Semoga Allah Meredhai Persahabatan Dan Perpisahan Ini. Teruskan Perjuangan"

Senyuman Yang Tersirat Di Bibirmu
Menjadi Ingatan Setiap Waktu
Tanda Kemesraan Bersimpul Padu
Kenangku Di Dalam Doamu

Semoga Tuhan Berkatimu

--------------------------------------------------------------------------
kali ni, aku btol2 rase saat perpisahan tu makin hampir.. aku tak sanggup nk hadapi saat2 perpisahan.. tapi tak bermakna aku suke sume kwn2 aku.. hahahahahaha.. yang pasti aku nk kwn2 aku tau yang aku tetap syg kt dorg walau ape jadi.. aku sedih nk berpisah dgn kwn2 aku.. bkn sedih sbb tak dpt jumpe lg daaa.. tp sdih sbb pasni mesti dorg sume akan lupe kawan.. ermm bg aku, jarak bkn pemisah, sbb walau jauh bribu batu, kite still blh contact each other.. tp lumrah manusia, bile jumpe kawan baru, yg lame bukan lah ditinggal atau dilupekan tp diabaikan..btol tak??? aku ramai kawan.. tp aku taktau mane nk cari da sbb sume da loss contact.. yang tinggal skang juz member2 uitm, tp ni last sem aku kt uitm machang, pasni... kwn2 aku ni akan hilang jugak.. hurmmmm aku sedih... sedih yang teamat sgt... uwaaaaa.... ape pun berlaku pasni, aku tetap mendoakan kawan2 aku.. semoga semuanya berjaya... amin...

Ciptaan-Nya

Bila Allah berkehendak untuk mengadakan atau menciptakan sesuatu, Allah hanya mengucapkan satu perkataan yang bersifat perintah, iaitu 'kun', yang ertinya 'jadilah'. Dengan mengucapkan kata kata 'kun' itu, maka tercipta apa yang dikehendaki Allah.
Dengan cara begitu, maka terciptalah bumi dengan lautan dan daratannya, bergunung ganang dan jurang, lengkap dengan tumbuh tumbuhan dan segala jenis haiwannya.
Terciptalah matahari dengan cahayanya yang terang benderang, bulan dengan sinarnya yang berkemilauan, dan bintang bintang dengan cahayanya yang gemerlapan. Semuanya beredar diangkasaraya dengan peredaran yang teratur, menurut sunnah (penetapan) Ilahi yang mencipta dan mengaturnya, tanpa cacat celanya.
Kemudian diciptakan Allah pula para Malaikat yang selalu patuh menjalankan segala perintah Allah yang menciptanya, mengerjakan ibadat dan tugas masing masing yang sudah ditetapkan Allah bagi mereka. Diantara mereka ada yang menjadi penjaga bumi, penjaga langit, menurunkan hujan, dan ada pula yang menjadi Pesuruh Allah, sebagai perantara antara Allah dengan makhlukNya. Dalam menjalankan berbagai tugas itu, mereka selalu bertasbih mensucikan Allah.
Setiap sesuatu yang kita lihat sekarang ini dahulunya belumlah ada, dahulu tidak ada manusia dan binatang, tidak ada tumbuh tumbuhan, tidak ada bumi matahari, bulan dan bintang. Dengan kudrat dan iradatNya Allah lalu menciptakan segala apa yang ada dan kita lihat sekarang ini.
Diciptakan Allah langit dan bumi dan apa yang terdapat antara keduanya didalam waktu enam hari. Hari yang bukan bererti siang dan malam seperti yang lazim kita pergunakan sekarang ini. tetapi had yang bererti proses pertumbuhan atau masa, yang lamanya mungkin beribu ribu atau berjuta juta tahun lamanya
Masjid Nabawi at night

Tuesday, April 27, 2010

di saat aku jatuh, aku rebah, kau datang selamatkanku..

tetibe plak aku teringat, tp sebelum tu, assalamualaikum pembuka bicara aku kt korg yang bca post aku nie.. ermm mase tu, tanggal 27 november 2009, aku bagaikan org gile (tp waras tau) aku mraung, aku mnangis, aku marah2 org, sume bnda aku buat tak kna.. aku sepahkan brg2 aku.. nk tau knp??? ermmm ape lg kalo bkn sbb....... CINTA BUTA.. hahahahahaha... mesti korg tak prasan tarikh ni, emm sume ni mase hari raye haji.. pg tu, aku duk sorg jage umah, yg len pegi smyg raye, sume tgal aku sbb aku bt prangai.. cian tak kt aku?? akubgn tido ngan mate bgkak, biasela pompuan...... tp aku kuat lg time tu, aku iron bju abg2 aku, sbb dorg nk g smyg.. then, lpas dorg pg, aku msuk blik, aku nk tido, tp tak blh.. aku amek tindakan bdoh aku, aku mkn ubt2 g blh bt aku ase mgantuk (resdung) pastu aku mkn ubt tahan sakit (cataflam) 10 biji, tetibe aku ase gelap je dunia ni, upenye aku da tido... sedar2 jer dah senja.. aku bgn, mandi, pastu aku cabut... jumpe member aku.. aku pegi kt taman, aku nangis puas2, tpape la sgt kan, kt tmpt awm, malu kowt... hehehe.. aku blik umah, aku nangis2 lagi, meraung.. mak aku plik, aku tak pernah2 jd cmni.. walaupun aku ank bongsu, mak aku tau aku sorg yg kuat, aku mampu berdikari.. mak aku tanya masalah aku, dan buat kali petama aku bercerita masalah kt mak aku.. mak aku tenangkan aku.. katanya aku sebenarnya tak pelukan dia, tp aku hanya perlukan teman untuk berbicara.. dan mak aku berikan aku doa "YA ALLAH, ANDAI DIA TERCIPTA UNTUKKU, SATUKANLAH HATINYA DENGAN HATIKU, JIKA DIA BUKAN MILIKKU, TIDAK DICIPTAKAN UNTUKKU, JANGAN TINGGALKAN KELUH KESAH DALAM HATIKU"... smpai skarang aku masih igt semua yang mak aku nasihatkan pd aku tanggal 27 november 2009.. dia lah yang datang menyelamatkanku... thankz mum..... i love you so much....

WANITA

Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya, akal mengatakan wanita cantik atas dasar ilmu dan kepandaiannya, dan hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya.

"Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia ,umpama kaca mata yang bersinar-bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa"

WANITA/PEREMPUAN DICIPTAKAN BUKAN DARIPADA TULANG RUSUK ATAS UNTUK MEMERINTAH, BUKAN DARIPADA RUSUK BAWAH UNTUK DIPIJAK, TETAPI TERLETAKNYA RUSUK ITU DI BAHAGIAN DADA DAN BERDEKATAN DENGAN TANGAN BERMAKNA TANGAN YANG MEMBELAI DAN HATI YANG MEMPUNYAI PERASAAN DAN KASIH SAYANG .