BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

rahsia

"...wanita itu sendiri adalah rahsia..."

Monday, May 17, 2010

keusahawanan...

Maksud Keusahawanan
Menurut Histrich dan Peter (1988), keusahawanan adalah suatu proses dinamik untuk mencipta kekayaan. Kekayaan dicipta oleh individu yang menanggung risiko besar di dalam ‘equity’, masa dan komitmen kerjaya atau menyediakan nilai untuk sesuatu produk atau perkhidmatan. Ia alah proses mencipta sesuatu yang baru dengan mengambil kira masa dan usaha dengan mengambil kira risiko kewangan, psikologi dan sosial. Dan menerima manfaat dari segi kewangan,kepuasaan peribadi dan kebebasan.
Terdapat empat aspek asas di dalam keusahawanan:

1) Keusahawanan terlibat di dalam mencipta sesuatu proses yang baru. Penciptaan tersebut mestilah mempunyai nilai kepada usahawan dan pasaran dimana proses tersebut dibangunkan.

2) Keusahawanan memerlukan kesetiaan (ketaatan) terhadap masa dan usaha yang dilakukan.

3) Keusahawanan adalah individu yang sanggup menerima berbagai risiko di dalam bidang perniagaan masing-masing terutama dari aspek kewangan, psikologi dan sosial.

4) Keusahawan menerima banyak ganjaran apabila menjadi seorang usahawan. Ganjaran utama adalah kebebasan (independence), diikuti oleh kepuasan peribadi dan seterusnya keuntungan. Pada sesetengah usahawan, duit menunjukkan simbol kejayaan.

Kuratko dan Hodgetts (2004) mendefinasikan keusahawanan sebagai suatu proses inovasi dan penciptaan melalui empat dimensi iaitu individu, organisasi, alam sekitar (environment) dan proses, dengan kerjasama rangkaian di dalam kerajaan, pendidikan dan kelembagaan (institution).

_________________________________
ermmm aku post psl keusahawanan ni sbb nk korg sdr, keusahawanan tu blh meng'kaya'kan korg.. huhuhu..
aku tgh keje ni, tau tak??? tp boring gile.. tp takpe, asal duit masuk.. agipun aku mengusahakan perniagaan abah aku.. tu la keje aku.. abah aku g umrah, nk citer kt cni, aku ni kire pembantu usahawan la kan?? hahahahahahahahaha... bosan bekerja, so aku taip la benda alah ni.. ok tak aku??? k lah, aku nkm citer sal bnda laen agi.. ckupla topik keusahawanan yer,,,  daaaaa... (n_n)

0 comments: